CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar GEOGRAFI yang juga seorang YANG SENSITIF dan PEKE kepada alam sekitar tempat tinggal kita. This Script is from sukosensei.com, Coded by: suko-->
SELAMAT CUTI PENGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN DALAM MASA YANG SAMA JANGAN LUPA ULANGKAJI PELAJARAN .. ..GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

THE EARTH

Tuesday, March 31, 2009

PENANAMAN PADI


•Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur.
•Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan

•Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

•Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.
•Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sabagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu.

TANAMAN KELAPA SAWIT


•Pokok Kelapa Sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Pokok Kelapa Sawit Afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala Pokok Kelapa Sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
•Pokok-pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya

•Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, Pokok Kelapa, Pokok Kelapa Sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.

•Kepentingan kelapa sawit
•Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit.
•Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara.
•Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia.
•Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad.

•Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara.
•Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya.
•Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain.

•Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar.
•Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.
•Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri.
•Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar


SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA : TANAMAN GETAH



Kebun kecil

•Kawasan kurang 40 hektar disebut kebun kecil.
•Lebih 40 hektar disebut ladang. Biasanya kebun kecil getah hanya 1 hingga 5 hektar sahaja.
•Kira-kira 500,000 pekebun kecil memiliki 1,240,000 hektar kawasan getah. Iaitu 73.4 % dari jumlah kawasan getah di Semenanjung Malaysia.
•1984 Semenanjung Malaysia mengeluarkan 1,486,025 tan metrik getah. kira-kira 60 % dari keluaran ini disumbangkan oleh sektor kebun kecil. Biasanya pekebun kecil tinggal berdekatan dengan kawasan pokok getah. Setelah 6 tahun ditanam, pokok getah bolehlah ditoreh

Kegunaan

•Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.
Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan.
Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.
•Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.
•Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.
•Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.

Masa depan

•Pada suatu masa, getah sintatik bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta.
•Harga getah sintatik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal.
•Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang.
•Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.

Saturday, March 28, 2009

IKLIM TUNDRA








CIRI-CIRI IKLIM DUNIA : IKLIM GURUN





Friday, March 27, 2009

MALAYSIA : LATAR BELAKANG GEOGRAFI




GEOGRAFI

Malaysia meliputi keluasan 330,252 kilometer persegi terdiri dari SemenanjungTanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo (Sabah dan Sarawak).

Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,805 kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan. Sabah meliputi keluasan 73,997 kilometer persegi dan Sarawak seluas 124,450 kilometer persegi.

Negeri dan Wilayah

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembi Ian, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Negeri Pahang mempunyai keluasan 35,965 kilometer persegi adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Negeri Sabah terdiri dari lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, terletak di pantai barat Sabah mempunyai keluasan 91 kilometer persegi. Sarawak terdiri dari sebelas bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka bumi Negara kita terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau

Tanah Tinggi

Tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Antara gunung yang terdapat di tanah tinggi ialah gunung Kinabalu. Stesen hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air

Tanah Pamah

Kawasan tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang beralun. Di tanah pamah biasanya terdapat sungai, tasik atau paya. Kawasan tanah pamah sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit, getah, nanas dan tebu. Contohnya padi banyak di tanam di Dataran Kedah-Perlis.

Saliran

Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut. Ianya merupakan sumber pengairan dan perikanan. Petani dapat menanam padiapabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.

Pinggir Laut

Kawasan pinggir laut Negara kita terdiri daripada pantai, teluk, tanjung dan pulau . Keistimewaan pinggir laut ialah menjadi kawasan perlancongan, kawasan pelabuhan dan kawasan perikanan.

KEPENTINGAN
1. KAWASAN PANTAI BERPASIR
  • Kawasan pelancongan dan perkelahan
  • Kawasan penanaman kelapa
  • Contoh:
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
2. KAWASAN PANTAI BERLUMPUR

  • Membekalkan sumber kayu bakau
  • Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan
  • Contoh:
  • Sekitar muara Sungai Perak, Perak,Muara Sungai Rajang, Sarawak
3. KAWASAN PULAU

  • Kawasan pelancongan
  • Pelabuhan perikanan
  • Pelabuhan antarabangsa
  • Contoh:
  • Pulau Langkawi, Kedah
  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Redang, Terengganu ,Pulau Gaya, Sabah
4. KAWASAN TANJONG

  • Kawasan rekreasi dan pelancongan
  • Contoh:
  • Tanjung Bidara, Melaka
  • Tanjung Dawai, Kedah,Tanjung Datu, Sarawak
5. KAWASAN TELOK

  • Petempatan nelayan
  • Tapak pelabuhan
  • Kawasan perikanan
  • Kawasan perkelahan
  • Contoh:
  • Teluk Kemang, Negeri Sembilan
  • Teluk Ramunia, Johor
  • Teluk Kimanis, Sabah
  • Teluk Darvel, Sabah,Teluk Mahkota, Pahang
6. KAWASAN TEBING TINGGI

  • Kawasan rekreasi dan pelancongan
  • Tapak rumah api
  • Contoh:
  • Tebing Tinggi Kudat, Sabah ,Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang
7. KAWASAN PENTAS DUNIA

  • Kawasan perikanan
  • Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
  • Contoh:
  • Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Merangkumi Laut China Selatan

Wednesday, March 18, 2009

Plate Tectonics

Using modern equipment, scientists known as oceanographers have been able to measure, and map out the ocean floor. What these scientists have discovered has helped explain how it is that continents are able to move around on the Earth’s crust.

Deep beneath the waves, at the surface of the ocean, located almost exactly halfway between the continents are raised areas known as ridges. These ridges are similar to under-water mountain ranges. At other locations we find extremely deep trenches, some reaching many thousands of feet in depth.

Many scientists believe that the ridges represent areas where new crust is being formed, as hot magma escapes from the Earth’s core, and spreads outward. As the seafloor spreads outward, away from the area where magma is being released, the continents are carried across the sea, riding on top of the sima crust.

Ocean Ridges

As new crust is created, older crust submerges back into the mantle, being melted once again. It is believed that the deep ocean trenches are locations where crust is being lowered back into the Earth’s core.

The amount of time that it takes for crust to be created, and later destroyed is approximately 100 million years. Thus, most crust has a lifetime of around 100 million years.

Because continents do not fall back into the Earth’s mantel, they survive much longer. Many parts of the continents we see today are almost as old as the Earth itself.

As new crust is created in a particular location on Earth, it forms what resemble giant plates. One side of the plate is where new crust is being created, while the other side is where older crust is being destroyed.

Plate Tectonics

Geologist refer to this process as plate tectonics. As we study plate tectonics a picture emerges of very old continents ridding on top of much younger and ever moving plates. These plates move extremely slowly, at a rate of only about 10 cm per year.



The Earth Inside Out

Understanding the surface of our Earth is difficult without first understanding the interior, or inside of the Earth. This is because everything that is on the outside, has been formed by the enormous heat, and forces that exist on the inside.

Continents have been created, mountains raised, only to later be lowered, hot magma has been pushed to the surface, as older rock is re-heated, turning back into magma, and so on.