CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar GEOGRAFI yang juga seorang YANG SENSITIF dan PEKE kepada alam sekitar tempat tinggal kita. This Script is from sukosensei.com, Coded by: suko-->
SELAMAT CUTI PENGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN DALAM MASA YANG SAMA JANGAN LUPA ULANGKAJI PELAJARAN .. ..GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

THE EARTH

Friday, March 27, 2009

MALAYSIA : LATAR BELAKANG GEOGRAFI




GEOGRAFI

Malaysia meliputi keluasan 330,252 kilometer persegi terdiri dari SemenanjungTanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo (Sabah dan Sarawak).

Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,805 kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan. Sabah meliputi keluasan 73,997 kilometer persegi dan Sarawak seluas 124,450 kilometer persegi.

Negeri dan Wilayah

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembi Ian, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Negeri Pahang mempunyai keluasan 35,965 kilometer persegi adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Negeri Sabah terdiri dari lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, terletak di pantai barat Sabah mempunyai keluasan 91 kilometer persegi. Sarawak terdiri dari sebelas bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka bumi Negara kita terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau

Tanah Tinggi

Tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Antara gunung yang terdapat di tanah tinggi ialah gunung Kinabalu. Stesen hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air

Tanah Pamah

Kawasan tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang beralun. Di tanah pamah biasanya terdapat sungai, tasik atau paya. Kawasan tanah pamah sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit, getah, nanas dan tebu. Contohnya padi banyak di tanam di Dataran Kedah-Perlis.

Saliran

Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut. Ianya merupakan sumber pengairan dan perikanan. Petani dapat menanam padiapabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.

Pinggir Laut

Kawasan pinggir laut Negara kita terdiri daripada pantai, teluk, tanjung dan pulau . Keistimewaan pinggir laut ialah menjadi kawasan perlancongan, kawasan pelabuhan dan kawasan perikanan.

KEPENTINGAN
1. KAWASAN PANTAI BERPASIR
  • Kawasan pelancongan dan perkelahan
  • Kawasan penanaman kelapa
  • Contoh:
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
2. KAWASAN PANTAI BERLUMPUR

  • Membekalkan sumber kayu bakau
  • Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan
  • Contoh:
  • Sekitar muara Sungai Perak, Perak,Muara Sungai Rajang, Sarawak
3. KAWASAN PULAU

  • Kawasan pelancongan
  • Pelabuhan perikanan
  • Pelabuhan antarabangsa
  • Contoh:
  • Pulau Langkawi, Kedah
  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Redang, Terengganu ,Pulau Gaya, Sabah
4. KAWASAN TANJONG

  • Kawasan rekreasi dan pelancongan
  • Contoh:
  • Tanjung Bidara, Melaka
  • Tanjung Dawai, Kedah,Tanjung Datu, Sarawak
5. KAWASAN TELOK

  • Petempatan nelayan
  • Tapak pelabuhan
  • Kawasan perikanan
  • Kawasan perkelahan
  • Contoh:
  • Teluk Kemang, Negeri Sembilan
  • Teluk Ramunia, Johor
  • Teluk Kimanis, Sabah
  • Teluk Darvel, Sabah,Teluk Mahkota, Pahang
6. KAWASAN TEBING TINGGI

  • Kawasan rekreasi dan pelancongan
  • Tapak rumah api
  • Contoh:
  • Tebing Tinggi Kudat, Sabah ,Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang
7. KAWASAN PENTAS DUNIA

  • Kawasan perikanan
  • Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
  • Contoh:
  • Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Merangkumi Laut China Selatan

0 comments: