CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar GEOGRAFI yang juga seorang YANG SENSITIF dan PEKE kepada alam sekitar tempat tinggal kita. This Script is from sukosensei.com, Coded by: suko-->
SELAMAT CUTI PENGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN DALAM MASA YANG SAMA JANGAN LUPA ULANGKAJI PELAJARAN .. ..GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

THE EARTH

Thursday, November 4, 2010



Gunung Merapi (Jawa Tengah)


Gunung Merapi
Ketinggian 2,968 meter
Location
Lokasi Bersempadan Jawa Tengah / Yogyakarta (Indonesia)
Koordinat 7°32′S, 110°26′E
Geologi
Jenis Stratovolcano
Umur batu 400,000 tahun
Letusan terakhir 2006

Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 68 kali semenjak 1548. Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini.

Terdapat satu lagi gunung berapi Indonesia yang hampir sama namanya iaitu Gunung Marapi, di Sumatera Barat.

Letupan terbaru sebelum ini adalah pada 1992 dan berterusan selama sepuluh tahun. Pada masa itu, satu kubah lava telah terpicit keluar, membesar hingga satu meter sehari. Dalam tahun 1994, kubah sampai di pinggir kawah, dan daripada situ, jatuhan batu daripada kubah menghasilkan aliran piroklas yang berulangkali. Pada akhir 1994 hampir keseluruhan kubah runtuh, menjana aliran piroklas yang sangat besar, yang mana telah bergerak beberapa kilometer daripada puncak dan telah membunuh 43 orang.



Berikutan daripada letupan besar pada November 1994, satu kubah telah terbentuk di kawah, dan letusan-letusan kecil bersambungan hingga beberapa tahun, menjana runtuhan lava dan aliran piroklas setiap hari. Letupan berakhir pada akhir 2002.
[sunting] Letupan 2006

Pada April 2006, aktiviti seismos telah bertambah dalam selang waktu yang semakin berulang dan terdapat bonjolan di dalam kon gunung berapi yang menunjukkan letusan baru adalah hampir. Pihak berkuasa meletakkan kampung kejiranan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia. Pada 19 April, asap dari kawah menjangkau ketinggian 400 meter, berbanding dengan hanya 75 meter pada hari sebelumnya. Pada 23 April, selepas sembilan gempa mengisyaratkan pergerakan magma, hampir 600 orang penduduk tua dan bayi di lereng gunung dipindahkan, dan sebahagian rumah mereka diambil alih oleh pelancong-pelancong yang ditarik ke kawasan itu[2].

Pada awal Mei, lahar bermula mengalir dengan aktif. Pada 11 Mei, dengan aliran lahara menjadi tetap, 17,000 orang diarahkan berpindah [3]. Kemudian pada 13 Mei, pemerintah Indonesia menaikkan taraf berjaga-jaga kepada taraf tertinggi, merah, dan mengarahkan pemindahan semua penduduk dengan segera. Bilangan letusan telah bertambah, dan terdapat laporan yang mengatakan letupan besar telah berlaku [4]. Jika aliran piroklas berlaku, risiko di kampung berhampiran adalah amat tinggi, tetapi ada penduduk yang tetap berani kembali ke kampung, dengan berkata bahawa mereka perlu menjaga binatang peliharaan dan tanaman. Pada 15 Mei, Gunung Merapi meletup mengeluarkan gas panas, debu dan serpihan batu. Awan piroklas berkembang sehingga 4 km, dan debu menutup tanaman dan bumbung rimah di Ketep, 10 km dari kaki gunung. Pada 16 Mei, aktiviti gunung telah berkurang sedikit tetapi masih berbahaya.




Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.

Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.

Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Jenis-jenis gunung berapi

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada sesebuah gunung berapi itu berada dalam tempoh pendam atau telah mati.



Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magma di bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava, kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti berikut :-

1. Aliran lava.
2. Letusan gunung berapi.
3. Aliran lumpur.
4. Abu.
5. Kebakaran hutan.
6. Gas beracun.
7. Gelombang tsunami.
8. Gempa bumi.

0 comments: