Kebun kecil
•Kawasan kurang 40 hektar disebut kebun kecil.
•Lebih 40 hektar disebut ladang. Biasanya kebun kecil getah hanya 1 hingga 5 hektar sahaja.
•Kira-kira 500,000 pekebun kecil memiliki 1,240,000 hektar kawasan getah. Iaitu 73.4 % dari jumlah kawasan getah di Semenanjung Malaysia.
•1984 Semenanjung Malaysia mengeluarkan 1,486,025 tan metrik getah. kira-kira 60 % dari keluaran ini disumbangkan oleh sektor kebun kecil. Biasanya pekebun kecil tinggal berdekatan dengan kawasan pokok getah. Setelah 6 tahun ditanam, pokok getah bolehlah ditoreh
Kegunaan
•Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.
•Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan.
•Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.
•Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.
•Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.
•Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.
Masa depan
•Pada suatu masa, getah sintatik bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta.
•Harga getah sintatik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal.
•Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang.
•Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.
•Harga getah sintatik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal.
•Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang.
•Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.
0 comments:
Post a Comment