CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Counters
sukosensei

!-- This Script is from www.sukosensei.com, Coded by: suko-->
Selamat Datang Ke BLOG sukosensei yang diharapkan akan menjadikan anda:seorang pelajar GEOGRAFI yang juga seorang YANG SENSITIF dan PEKE kepada alam sekitar tempat tinggal kita. This Script is from sukosensei.com, Coded by: suko-->
SELAMAT CUTI PENGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN DALAM MASA YANG SAMA JANGAN LUPA ULANGKAJI PELAJARAN .. ..GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

THE EARTH

Friday, April 10, 2009

Kepelbagaian sumber tenaga diantaranya ialah biogas , angin, petroleum, suria dan air.




1. BIOGAS

Tenaga biogas boleh dihasil daripada kitaran semula bahan buangan domestik dan juga pereputan bahan buangan pertanian. Setiap hari berjuta–juta tan bahan dibuang tanpa dikitar semula, yang mengakibatkan pembaziran tenaga yang berharga. Pereputan bahan buangan domestik dan bahan buangan pertanian akan menghasilkan gas metana yang sangat berguna didalam pembekalan tenaga. Gas ini terbentuk apabila bakteria menyerang bahan buangan yang mereput. Gas ini dikumpul dan digunakan untuk menghasilkan elektrik dan juga sebagai bahan api untuk menjalankan jentera. Gas ini juga digunakan untuk memasak dan menyalakan lampu. Kebanyakan negara maju, biogas sedang dihasilkan. Di Belanda misalnya, industri tenusunya sangat maju tetapi menghadapi masalah dalam pembuangan najis. Najis disebarkan dimerata ladang menyebabkan kebanyakan tempat ditenggelami najis haiwan. Oleh itu penghadang digunakan bagi membolehkan bahan buangan menghasilkan biogas. Gas ini digunakan untuk menjanakan elektrik dengan bantuan enjin berkuasa kecil. Setelah biogas diambil, bahan buangan diproses menjadi baja.


2. ANGIN

Kuasa angin telah digunakan beratus–ratus tahun dahulu untuk melayarkan kapal layar dan memutarkan kincir angin. Angin telah digunakan sebagai sumber-sumber tenaga untuk menjanakan kuasa elektrik. Kelajuan angin akan menggerakkan kincir angin bagi menjana tenaga elektrik. Kuasa angin bergantung pada kelajuan angin. Sekiranya satu tempat mempunyai kelajuan purata angin dua kali ganda kelajuan ditempat lain, maka kincir angin yang pertama akan menghasilkan lapan kali ganda tenaga seperti yang dihasilkan oleh kincir angin yang serupa ditempat lain. Kuasa angin mempunyai dua kelebihan utama berbanding dengan sumber tenaga yang lain pertama, kincir angin yang moden dapat dibina dalam masa yang singkat. Kedua, bagi kebanyakan negara angin banyak terjadi pada musim sejuk ketika elektrik diperlukan dengan banyaknya. Kuasa angin telah digunakan untuk menghasilkan elektrik dengan penggunaan kincir angin, yang mana batang yang diputar oleh bilah menjalankan sebuah penjana elektrik. Penggunaan kincir angin untuk menghasilkan tenaga elektrik adalah lebih murah dan selamat. Negara–negara maju telah mula membangunkan kincir angin bagi menghasilkan elektrik kerana ianya dapat menjimatkan kos Untuk membolehkan kincir angin berfungsi dengan lebih efektif, tapak untuk menempatkan kincir angin hendaklah dipilih berdasarkan kelajuan, kekuatan dan arah angin.



3. SURIA

Matahari penting kepada manusia kerana membekalkan cahaya dan haba di bumi. Kebanyakan tenaga lain seperti angin pada asalnya berpunca daripada tenaga matahari. Tenaga dikeluarkan apabila bahan api fosil dibakar, merupakan tenaga matahari yang tersimpan di dalam tumbuhan sejak berjuta-juta tahun yang lalu. Apabila tenaga daripada matahari memancar ke atas permukaan daun, tenaga ini ditukar kepada tenaga keupayaan kima dan disimpan dalam tumbuhan melalui proses fotosintesis.

Tenaga suria adalah tenaga yang diperolehi secara terus daripada matahari. Ia digunakan di dalam pelbagai bidang pertanian. Haba daripada matahari digunakan untuk memanaskan ternakan terutamanya di musim sejuk. Struktur rumah hijau direkabentuk agar tumbuhan dapat tumbuh di dalam persekitaran yang terkawal. Rumah hijau direka bagi membolehkannya memerangkap tenaga daripada matahari untuk digunakan dalam fotosintesis. Sebahagian besar tenaga adalah disimpan dalam tumbuhan.

Matahari menghasilkan tenaga suria yang boleh digunakan untuk menjanakan kuasa elektrik di rumah kediaman. Tenaga suria digunakan untuk memanaskan air dengan menggunakan pemanas suria yang dipasang di atas bumbung-bumbung rumah. Teknologi moden telah mereka sel fotovolta atau dikenali sebagai sel suria yang berupaya mengubah tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Suria akan menghasilkan tenaga yang murah dalam kuantiti yang banyak, juga menghasilkan bahan-bahan baru dan mungkin digunakan untuk memusnahkan kuman beracun. Tenaga cahaya matahari boleh ditukar menjadi tenaga elektrik secara terus dengan menggunakan sel suria. Dalam industri pertanian sel suria digunakan untuk memberi kuasa kepada pam air untuk menyalurkan air dari kolam ke ladang.



4. AIR

Tenaga dari aliran air sungai boleh digunakan untuk menggerakkan kincir air. Pada zaman dahulu tenaga dari aliran air sungai digunakan untuk mengerakkan kincir air untuk mengisar jagung. Kemudiannya penggunaannya diperluaskan ke kilang-kilang dan lombong. Jenis kincir air yang digunakan bergantung kepada kelajuan arus sungai.

Penggunaan kuasa air telah dimajukan dengan pelbagai cara. Contohnya, air digunakan untuk menjana kuasa elektrik. Air yang mengalir dengan kelajuan yang tinggi akan memusingkan bilah-bilah dalam yang melengkung pada turbin air dan seterusnya menjana kuasa elektrik. Elektrik yang dijanakan oleh air dipanggil hidroelektrik.

Kuasa hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang besar kerana terdapat banyak sungai yang membolehkan pembinaan empangan serta penjanaan hidroelektrik dilakukan. Kebaikan kuasa hidroelektrik ialah menghasilkan tenaga yang berterusan dan harganya murah berbanding bahan api fosil. Namun begitu terdapat kekurangan hidroelektrik iaitu memerlukan pembinaan empangan yang besar bagi menempatkan air untuk dialirkan ke turbin. Ini akan melibatkan kos yang tinggi dan mengganggu keseimbangan ekosistem dan alam sekitar.

0 comments: